Friday, November 29, 2013

Thursday, November 28, 2013

KBSR: Sains

KBSR
singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH.
KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu pada tahun 1993.

Konsep Bersepadu

Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.

Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Prinsip-Prinsip KBSR

1. Perkembangan menyeluruh.
2. Penguasaan kemahiran asas.
3. Pemupukan nilai-nilai murni.
4. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5. Prinsip mudah ubah.
6. Pendidikan umum untuk semua murid.
7. Pendidikan seumur hidup.
8. Bahasa merentas kurikulum.
9. Penilaian berterusan.

Di sekolah tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 masih menggunakan KBSR. Untuk itu, entry ini telah mengumpulkan beberapa dokumen yang berkaitan untuk guru-guru sains mengakses dengan lebih mudah. Antaranya sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. 


Sukatan pelajaran Sains

Sukatan pelajaran Sains tahap 2

HSP Sains tahun 4 (BM)

HSP Sains tahun 4 (BI)
HSP Sains tahun 4 (BC)
HSP Sains tahun 4 (BT)

HSP Sains tahun 5 (BM)

HSP Sains tahun 5 (BI)
HSP Sains tahun 5 (BC)
HSP Sains tahun 5 (BT)

HSP Sains tahun 6 (BM)

HSP Sains tahun 6 (BI)
HSP Sains tahun 6 (BC)
HSP Sains tahun 6 (BT)

p/s: diharap entry ini dapat membantu anda....




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Sains

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai..




Entry ini akan menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan KSSR Sains tahun 1,2 dan 3 yang boleh dimuat turun. walaupun dokumen ini boleh didapati dilaman sesawang yang lain tetapi ianya sebagai pemudah cara bagi memudahkan pembaca untuk mendapatkannya.

SAINS TAHUN 1

SAINS TAHUN 2


SAINS TAHUN 3


p/s: Diharap dengan entry ini dapat memudahkan guru-guru KSSR Sains hendaknya.... 



Sains oh sains....



Apa itu sains?
Sesuatu cara untuk menghasilkan pengetahuan. Perkataan sains berasal daripada Bahasa Latin. Merupakan satu proses pengumpulan maklumat dan penyusunan 
maklumat.Dalam mencari bahan,maklumat sains bermula dengan pengalaman seterusnya kepada pencetusan fakta dan peraturan.Sains adalah berlandaskan pemikiran yang logik dan pemerhatian yang berterusan.Sains terbahagi kepada; Sains tulen & Sains sosial 


Sains sosial:
-Mengkaji fenomena sosial dengan mengunakan kajian saintifik dan bersistematik.
-Fenomena sosial wujud daripada hubungan interaksi sosial manusia yang dilakukan secara komplex.
-Kajian mengenai fenomena yang bersifat sosial.
-Kajian juga mengenai kehidupan dan tingkah laku manusia.
-Fenomena sosial dikaji berdasarkan disiplin sains sosial.Hal ini bermakna sains sosial mengkaji manusia dalam konteks sosial meraka.
-Maknanya,objek kajian sains sosial adalah manusia.

Sains tulen:
-Mengunakan kaedah saintifik untuk mengkaji benda nyata di bumi atau dikenali sebagai alam semula jadi bumi.
-Antara cabang sains tulen;
1.     Fizik
2.     Kimia
3.     Biologi
-Objek kajian adalah alam semula jadi.


Sumber : http://www.scribd.com/doc/47774535/Apa-itu-sains