Thursday, November 28, 2013

KBSR: Sains

KBSR
singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH.
KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu pada tahun 1993.

Konsep Bersepadu

Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.

Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Prinsip-Prinsip KBSR

1. Perkembangan menyeluruh.
2. Penguasaan kemahiran asas.
3. Pemupukan nilai-nilai murni.
4. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5. Prinsip mudah ubah.
6. Pendidikan umum untuk semua murid.
7. Pendidikan seumur hidup.
8. Bahasa merentas kurikulum.
9. Penilaian berterusan.

Di sekolah tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 masih menggunakan KBSR. Untuk itu, entry ini telah mengumpulkan beberapa dokumen yang berkaitan untuk guru-guru sains mengakses dengan lebih mudah. Antaranya sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. 


Sukatan pelajaran Sains

Sukatan pelajaran Sains tahap 2

HSP Sains tahun 4 (BM)

HSP Sains tahun 4 (BI)
HSP Sains tahun 4 (BC)
HSP Sains tahun 4 (BT)

HSP Sains tahun 5 (BM)

HSP Sains tahun 5 (BI)
HSP Sains tahun 5 (BC)
HSP Sains tahun 5 (BT)

HSP Sains tahun 6 (BM)

HSP Sains tahun 6 (BI)
HSP Sains tahun 6 (BC)
HSP Sains tahun 6 (BT)

p/s: diharap entry ini dapat membantu anda....




No comments:

Post a Comment